Nasional

Awalkan operasi pasar ke pukul 6 pagi

KERAJAAN Pulau Pinang memohon kerajaan pusat melihat semula waktu perniagaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang hanya dibenarkan bermula dari 8 pagi hingga 8 malam sejak 25 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata peniaga pasar pagi memohon waktu perniagaan diawalkan kepada 6 pagi.

“Ada banyak peniaga yang menyatakan mereka mengalami kesukaran apabila (waktu operasi perniagaan bermula 8 pagi) dan memohon supaya waktu perniagaan mereka dapat diawalkan,” katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Tapak Penjaja Sementara Jalan Perak, Batu Lancang, di Gorgetowan hari ini.

Berdasarkan tinjauan itu, tidak ramai pelanggan datang membeli barang keperluan di pasar berkenaan pada waktu berkenaan kerana menurut peniaga, pelanggan lazimnya ke pasar pada awal pagi.

Sementara itu, Jagdeep berkata, bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), hampir 12,000 pegawai penguat kuasa pelbagai agensi turun padang setiap hari.

Katanya, kadar pematuhan SOP rakyat di negeri itu ialah sekitar 99 peratus. – BERNAMA

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button