Nasional

Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia

MELAKA – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, 65, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka di sini tenghari ini.

Bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka itu dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19.

Mengesahkan perkara tersebut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alof Gajah, Datuk Rospandi Leman berkata, allahyarham telah dimasukkan ke hospital Melaka selepas positif Covid-19 sebelum hari penamaan calon.

Bagaimanapun menurutnya, kesihatannya terus menurun hingga terpaksa mendapat rawatan di ICU.

Jelasnya, keadaannya semakin tidak stabil dan pada 9 November terpaksa ditidurkan dan situasinya tidak berubah hingga beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.00 tengahari ini.


“Jenazah allahyarham dan pengebumiannya akan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Arwah akan dikebumikan di Asahan.

“Selama 10 hari allahyarham ditidurkan sejak dimasukkan ke ICU namun saya diberitahu tahap kesihatannya terus menurun.

“Bagi UMNO di Alor Gajah, kita kehilangan seorang tokoh pemimpin yang disegani dalam kalangan penduduk di daerah dan negeri ini,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Allahyarham tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button