Politik

Dr. Mahathir selesai menghadap Agong

Tun Dr. Mahathir Mohamad selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pemimpin Pejuang itu keluar selepas kira-kira sejam pertemuan dan tidak berhenti untuk bertemu media dan maklumat diperolehi beliau akan mengadakan sidang akhbar secara maya.

Petang ini dijangkakan pemimpin Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan menyusul.

Kronologi:

1.59 tengah hari: Dr Mahathir Mohamad dilihat masuk ke Istana Negara, menaiki kerejta Proton X70 berwarna kelabu.

Mahathir dilihat memakai sepasang sut dan bersongkok hitam.

Dia merupakan pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), yang belum diluluskan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

12.51 tengah hari: Wee Ka Siong keluar dari Istana Negara setelah hampir sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Presiden MCA itu juga tidak berhenti bertemu media dan terus meninggalkan lokasi.

Wee juga menjadi wakil parti komponen BN pertama menghadap Agong dalam pertemuan baginda bersama pemimpin-pemimpin parti politik yang bermula sejak semalam.

Menaiki Vellfire putih, menteri pengangkutan itu masuk melalui Pintu 2 Istana Negara.

11.35 pagi: Kereta Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat meninggalkan Istana Negara, selepas lebih sejam berada di dalamnya.

Kenderaan itu tidak berhenti dahulu untuk bertemu media, sebaliknya terus meninggalkan kawasan itu.

Petugas media akhirnya dibenarkan menunggu di tepi pintu istana seperti semalam, tetapi diingatkan agar menjaga prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal.

Jika semalam makanan disumbang oleh sebuah restoran, hari ini pihak istana sendiri yang menyediakannya.

10.20 pagi: Kereta Toyota Vellfire hitam yang dinaiki timbalan presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat tiba di Istana Negara.

Pegawai Tuan Ibrahim mengesahkan Menteri Alam Sekitar dan Air itu hadir untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada masa ini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Petugas media hari ini tidak lagi dibenarkan berada di tepi pintu pagar istana, tetapi dibolehkan memerhati tidak berapa jauh dari situ.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP Lim Guan Eng dan pemimpin Amanah Mohamad Sabu

Anwar semalam memaklumkan pada pertemuan itu beliau memberi pandangan berhubung proklamasi Darurat dan perkembangan penanganan pandemik Covid-19.

 

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button