Anak bilionair enggan ikut ekspedisi lawat bangkai Titanic
ANAK bilionair salah seorang penumpang dalam tragedi kapal selam Titan pada mulanya enggan mengikuti ekspedisi melawat bangkai Titanic .
Namun demi menggembirakan hati bapanya, remaja yang berusia 19 tahun itu cekalkan hati menyertainya.
Suleman Dawood, 19, dan bapanya bilionair Pakistan, Shahzada Dawood, 48, sehidup semati dalam tragedi bencana letupan berdekatan bangkai Titanic.
Menurut kakak Shahzada, Azmeh Dawood, anak saudaranya Suleman pada awalnya teragak-agak menyertai ekspedisi kapal selam ini dan berasa takut akan perjalanan untuk meneroka serpihan Titanic.
“Saya memikirkan Suleman yang berusia 19 tahun. Di sana mungkin dia tercungap-cungap.
“Semasa kecil Shahzada sememangnya peminat Titanic sejak kecil dan adik beradiknya juga sentiasa menonton filem 1958 berjudul A Night to Remember yang mengisahkan tentang kapal pesiar tenggelam. “ katanya dalam satu sesi sedang media di luar negara.
Oleh itu Azmeh tidak terkejut apabila Shahzada membeli tiket untuk misi OceanGate.
Mangsa Azmeh dan Shahzada merupakan keluarga legasi korporat yang paling terkemuka di Pakistan. Empayar perniagaan keluarga mereka Dawood Hercules Corporation terlibat dalam sektor pertanian, kesihatan dan beberapa industri lain.
Shahzada ialah naib pengerusi Engro Corporation yang berpangkalan di Karachi dan penasihat kepada Prince’s Trust International iaitu sebuah pertubuhan amal diasaskan oleh Raja Charles III.
Pada Isnin lalu dilaporkan satu ekspedisi lima penumpang dipercayai hilang terdiri daripada dua krew, dua penumpang yang membayar sebanyak RM987,000.
Pegawai pantai Amerika Syarikat turut mengesahkan kapal selam Titan telah meletup dan hancur pada awal pagi Khamis kerana tidak dapat menampung tekanan air kapal tersebut.
Artikel berkaitan :>
Kapal selam bawa pelancong untuk lawat bangkai Titanic hilang
Kapal selam yang membawa pelancong lawat bangkai Titanic meletup