Luar Negara

Tangguh dulu naikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur

PELANCONG termasuk dari Malaysia kalau pergi ke Jawa Tengah, Indonesia, tidak sah kalau tidak berkunjung ke Candi Borobudur atau Kuil Borobudur.

Kuil Borobudur adalah antara tarikan destinasi pelancongan Indonesia kerana di situ adanya monumen Buddha terbesar di dunia.

Kerajaan Indonesia yang pada awalnya merancang untuk menaikkan bayaran masuk ke Kuil Borobudur kini menangguhkannya yang diumumkan sebelum ini, kata Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Beliau berkata, pihak berkenaan akan membincangkan secara menyeluruh beberapa langkah dalam menguruskan pelancong yang ingin mendaki ke kuil termasuk menaikkan harga tiket dan mengehadkan kuota pelancong.

Ganjar berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan pada Selasa lalu.


Pada Sabtu lalu, Luhut berkata, cadangan untuk menaikkan harga tiket adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihara kuil yang rosak akibat perbuatan vandalisme serta memastikan ia bersih dan bebas sampah.

Bayaran masuk akan dinaikkan kepada USD$100 (USD$1=RM4.39) untuk pelancong asing dan USD$71 bagi pelancong tempatan.

Pada masa ini, bayaran masuk ke Kompleks Borobudur, Tapak Warisan Dunia Unesco di Jawa Tengah ialah USD$25 dan USD$5 masing-masing untuk pelancong asing dan tempatan.

Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai tentang ura-ura untuk menaikkan bayaran.

Sebilangan besar mengalu-alukan langkah berkenaan memandangkan ia dapat menjana dana tambahan untuk kerja-kerja menyelenggara. – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button