Hiburan

Selepas 16 tahun, Faizal Tahir kembali ke kumpulan nasyid Mirwana

BUAT mereka yang tidak tahu, Faizal Tahir sebenarnya merupakan seorang penyanyi yang pada awalnya menjadi pemain dalam muzik nasyid bersama kumpulan Mirwana.

Namun, pada 2015, Faizal telah memilih untuk keluar daripada kumpulan Mirwana dan mula bergerak solo dengan genre rock.

Sejak daripada itu juga, nama Faizal bukan sahaja dikenali kerana bakatnya dalam dunia nyanyian, tetapi juga kerana kontroversinya seperti membuka baju ketika membuat persembahan.

Namun, selepas 16 tahun tidak bersama, Faizal akhirnya kembali bersama Mirwana menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021.

Malah, Faizal juga mengakui yang jika tanpa Mirwana, tiadalah Faizal Tahir yang dikenali kini.

“Saya tahu ramai yang bertanya dan ingin kami berkerjasama semula, saya dan Mirwana sebenarnya sudah berbincang dari beberapa tahun lepas lagi, cuma tunggu masa yang sesuai.

“Saya rasa ini adalah waktu yang baik untuk mengeluarkan lagu ini.” Jawab Faizal mengenai bagaimana bermulanya lagu tersebut.

Sementara itu, wakil kumpulan Mirwana, Hafiz berkata, kemunculan semula Faizal sebenarnya lebih daripada sekadar muzik dan yang lebih penting adalah ukhuwah di antara mereka, keluarga dan sahabat diharap akan lebih erat dan baik.

Mengulas mengenai pengunduran Faizal pula, Hafiz berkata tindakan yang diambil penyanyi itu adalah tepat.

“Jelas ketika itu, Mirwana mempunyai hala tuju muzik, cara dan matlamat yang sedikit berbeza.

“Alhamdulillah nampaknya impian dan hasrat Faizal dengan muzik beliau lebih berhasil dan berjaya apabila diteruskan secara solo dan itu sesuatu yang sukar untuk kami capai bersama,” katanya.

Lagu Aku Tanpa CintaMu 2021 adalah gandingan Faizal bersama semua anggota Mirwana terdiri daripada Hafiz, Izzat, Akmal dan Along

Lebih menarik lagi, kesemua ahli baharu kumpulan Mirwana iaitu Naim, Faiz dan Ikram turut sama menjayakan muzik video Aku Tanpa CintaMu 2021 yang mengangkat tema dan isu penderaan kanak-kanak.

Aku Tanpa CintaMu 2021 boleh didengar di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan  Joox bermula 9 April 2021 manakala video muzik rasmi pula pada 12 April 2021 di saluran YouTube Faizal Tahir. -SM

(Visited 2,567 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button