fbpx
Luar Negara

Pembunuh bersiri lari dari parol

Bercadang teruskan kerjaya jual organ dalaman

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Seorang lelaki, pembunuh bersiri yang diberikan parol selama 20 hari pada Januari lalu, telah menghilangkan diri dan tidak kembali ke penjara.

Lelaki itu telah membunuh lebih daripada 50 orang pemandu teksi yang kemudiannya mayat mereka dicampak ke dalam terusan yang dipenuhi buaya.

Memetik laporan CNN, Devender Sharma sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh tujuh pemandu teksi antara tahun 2002 dan 2004 di Jaipur, utara Rajasthan, India.

Selepas 16 tahun menjalani hukuman penjara, dia diberikan parol bersyarat selama 20 hari tetapi tidak kembali ke penjara.

Banduan berusia 62 tahun itu berjaya menghilangkan diri selama enam bulan. Bagiamanapun akhirnya polis berjaya menahan lelaki itu pada Rabu lalu, di mana dia tinggal bersama seorang janda yang dikahwininya ketika tempoh parol 20 hari.


Berdasarkan soal siasat, lelaki itu mengakui dia tidak bercadang untuk kembali ke penjara selepas 20 hari pembebasan bersyarat sebaliknya meneruskan ‘kerjayanya’ itu.

Devender yang berkelulusan perubatan ayurveda dan mempunyai sebuah klinik di Rajastan sejak 1984 tahun memberitahu, dia terlibat dalam pembunuhan itu untuk menjual organ-organ dengan harga antara AS$6,680 (RM28,323) dan AS$9,350 (RM39,644) setiap satu.

Setakat ini, kata lelaki itu, dia berjaya menjual 125 organ dalaman pemandu teksi.

Menceritakannya, lelaki itu berkata, dia akan menaiki teksi dan meminta mangsa membawanya ke satu kawasan yang sunyi dan tidak ramai orang sebelum membunuh dan mengeluarkan organ-organ dalaman.

Sebaik ‘selesai’ melakukan ‘kerjanya’, mayat mangsa akan dibuang di terusan yang menjadi habuan buaya-buaya manakala teksi mangsa pula akan diubah suai dan dijual dengan harga AS$270 (RM1,144).

Meskipun dia mengaku menjadi dalang utama dalam 50 pembunuhan namun hanya beberapa kes sahaja yang dibuktikan di mahkamah ketika dia dijatuhkan hukuman. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button