Nasional

Wawasan 2020: Di mana perpaduan Malaysia?

ANTARA perkara utama yang menjadi intipati penting dalam Wawasan 2020 adalah perpaduan bangsa dengan mengenepikan kaitan kepada negara lain.

Ini bermakna, penduduk yang berasal dari negara lain dan lama menetap di negara ini sewajarnya melupakan kaitan dengan tempat asal mereka.

Perkara sebegini dicadangkan supaya, perpaduan negara dapat dipupuk dengan melupakan garisan sempadan perkauman.

“Negara kita terdiri daripada masyarakat berbilang kaum berbeza dengan negara lain.

“Yang mana negara itu dipenuhi dengan orang dari negara-negara lain.

BACA > Covid-19: Korea Selatan tahan ketua gereja Shincheonji – Suara Merdeka

“Mereka apabila sudah tinggal di sesebuah negara, identiti mereka hanya kepada negara itu sahaja.

“Jadi, mereka tidak kekalkan kaitan dengan negara asal.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika temubual bersama Exco Pemuda Sosialis DAP (DAPSY Melaka) Muhamad Danish Zainudin malam ini.

PERPADUAN
MUHAMAD DANISH ZAINUDIN

Menerusi program Mengopi Malam Minggu yang disiarkan secara langsung dalam Facebook DAP TRB itu, Muhamad Danish sebagai moderator mengutarakan isu pencapaian dalam Wawasan 2020.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga menjelaskan Malaysia perlu menghapuskan isu perkauman yang sudah lama menjadi budaya di negara ini.

Malah menurut beliau, provokasi antara kaum begitu mudah berlaku jika negara masih lagi mengamalkan budaya perkauman seperti sekarang.

“Dengan kerana itu kita, akan kekal dengan perbezaan kaum dan kadang-kadang akan jadi konfrontasi dan sebagainya antara kaum.

BACA > Gus Dur dan kisah tiga jenis syaitan – Suara Merdeka

“Apabila saya cadang supaya kita ada satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia, ia bermakna bahawa kita punya identiti khusus untuk negara kita ini sahaja.

“Yalah…kita ada yang berasal dari negara-negara lain, tetapi dalam sejarah kita boleh sebut perkara itu,” katanya.

Justeru, beliau meminta rakyat Malaysia mencontohi perpaduan kaum dalam Amerika Syarikat (AS) sehingga sanggup berperang dengan negara asal.

“Saya ambil contoh, AS juga merupakan negara yang berbilang kaum, ramai orang berhijrah ke sana.

“Tetapi setelah mereka berada di sana dan mengangkat sumpah menjadi warganegara di sana, mereka tidak kaitkan diri mereka lagi dengan negara asal.

“Contoh yang terserlah adalah, Jeneral Eisenhauer. Eisenhauer berasal dari Jerman, tetapi dia menjadi seorang pegawai tentera tertinggi di AS.

“Walaupun dia orang Jerman, tetapi anggap diri sebagai orang AS dan dia sanggup berperang dengan Jerman.

BACA > Bung Moktar nafi kata Musa tiada dalam senarai calon Umno – Suara Merdeka

“Sehingga dia kalahkan Jerman.

“Identitinya adalah identiti Amerika, bahkan ramai orang tak tahu asal dia dari negara mana,” jelasnya.

Dalam temubual itu, beliau juga bertanya kepada Ahli Parlimen Langkawi mengenai progres perpaduan rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Katanya, penerimaan identiti Malaya dahulu sudah diterima masyarakat yang datang dari negara lain namun kini semakin terhakis.

Malah, komuniti tersebut kini umpama seperti sebuah minoriti kecil.

“Pada zaman dahulu, orang Cina yang tinggal di Melaka, mereka bercakap dalam Bahasa Melayu, tak tahu cakap dalam Bahasa Cina.

“Pakaian mereka pun pakaian khusus untuk Malaya untuk ketika itu. Jadi, sekarang ini masing-masing hendak kekalkan identiti kita dengan negara asal.

BACA > Bersatu Sabah jangan mimpi tanding 45 kerusi – Suara Merdeka

“Jadi saya harap, apabila kita sudah lama duduk bersama, serapkan budaya masing-masing jadi budaya Malaysia.

“Umpamanya, orang Melayu sekarang pandai pakai chopstick, orang Cina kadang-kadang dia pandai berpantun dalam Bahasa Melayu.

“Jadi kita hendak supaya kita tentukan apakah orang Malaysia,” ujarnya.

Tambah bekas Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, negara masih berhadapan dengan beberapa cabaran untuk memastikan perpaduan kaum mencapai satu peringkat yang lebih tinggi.

Ia termasuklah hal-hal berkaitan dengan pendidikan, ekonomi, budaya serta kesukaran melupakan negara asal walaupun sudah lama tinggal di Malaysia.

“ita di Malaysia atas kehendak warganegara juga, mereka ingin kekalkan kaitan mereka dengan negara asal termasuklah bahasa, budaya, sekolah dan macam-macam.

“Kita kekalkan identiti kita dengan negara asal kita.

BACA > BN wajar tentukan kedudukan pada keputusan PRN Sabah – Suara Merdeka

“Dengan kerana itu kita sukar untuk mencantumkan mereka menjadi satu bangsa.

“Kalau kita hendak menjadi satu bangsa, mestilah lupakan kaitan kita,” katanya. – SM

(Visited 1,091 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button