Luar Negara

Covid-19: Korea Selatan tahan ketua gereja Shincheonji

PIHAK berkuasa Korea Selatan telah menahan ketua gereja, Church of Jesus Shincheonji, Lee Man-hee.

Pihak berkuasa Korea mendakwa Man-hee, 88 tahun menyembunyikan maklumat pengesanan kontak anggota jemaah gereja Shincheonji yang hadir dalam himpunan yang mereka adakan.

Lebih daripada 5,000 jemaah Shincheonji telah dijangkiti menjadikan ahli kumpulan itu menyumbang 36 peratus keseluruhan kes Covid-19 di Korea Selatan.

Man-hee telah ditangkap pada awal hari ini susulan siasatan yang dilakukan. Seorang hakim mengatakan ada tanda-tanda bahawa bukti yang berkaitan dengan kes itu sedang dimusnahkan.

Man-hee juga dituduh menggelapkan 5.6 bilion won (kira-kira RM21 juta) dan telah mengadakan acara keagamaan yang tidak disetujui.

Sementara itu, Gereja Shincheonji mengatakan bahawa Man-hee prihatin dengan “permintaan berlebihan” oleh pihak berkuasa mengenai perincian peribadi anggota jemaah gereja itu tetapi dia tidak pernah menghalang sebarang siasatan.

“Pengeluaran waran tangkap oleh mahkamah tidak bererti dia telah bersalah,” tambah pihak gereja.

Man-hee mengasaskan Church of Jesus Shincheonji pada tahun 1984. Shincheonji bermaksud langit dan bumi dalam bahasa Korea.

Beliau mendakwa sebagai penjelmaan Jesus yang kedua dan mendakwa sebagai ‘pastor yang dijanjikan’ seperti yang disebut dalam Bible.

Kumpulan itu mempunyai lebih 230,000 pengikut di Korea Selatan dan lebih 20,000 orang di luar negara.

Anggota jemaah gereja terbabit dijangkiti pada bulan Februari tanpa mereka sedari dan kemudian tanpa sengaja merebakkannya di seluruh Korea Selatan.

Man-hee meminta maaf atas penyebaran virus tersebut pada bulan Mac.-SM

(Visited 274 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button