Nasional

Isu konsesi Menara KL: Apakah lagi yang perlu anda tahu?

1. Isu Penjualan Menara Kuala Lumpur semakin menarik dan panas dengan pelbagai pihak mengemukakan pandangan dan komen.

Bekas Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa telah memberikan penjelasan yang terperinci.

2. Perkara yang amat jelas, Menara KL masih lagi milik Kerajaan Malaysia.

Menara KL tidak dijual secara senyap-senyap seperti tuduhan beberapa Cyber Trooper.

Yang menjadi persoalan ialah *KONSESI OPERASI DAN MAINTAINCE* KL Tower kepada pihak ke 3, iaitu Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.

3. Beberapa perkara telah diutarakan oleh 2 orang pemilik Akaun FB dan Cyber Trooper Media Sosial yang telah menuduh perkara-perkara seperti berikut ;

(i). Tuduhan Pertama bahawa KL Tower telah dijual kepada pihak ke 3.

(ii). Tuduhan Kedua, bahawa Anak Syarikat Telekom Malaysia (TM) untung RM20 juta setahun mengendalikan operasi menjaga Menara KL.

(iii). Tuduhan Ketiga, kononnya Konsesi mengurus KL Tower diberi kepada satu Syarikat yang hampir muflis.

(iv). Tuduhan Keempat bahawa ada tangan ghaib campur tangan didalam pemberian Konsesi Menara KL kepada Hydroshoppe Sdn. Bhd. Dan pemberian Konsesi tersebut tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

(v). Tuduhan Kelima bahawa Pengarah Wanita Syarikat Hydroshoppe adalah kenalan rapat bekas Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa.

4. Kelima-lima tuduhan ini adalah palsu, fitnah dan berniat jahat.

Saya dimaklumkan, TS Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap 2 penulis FB ini dan lain-lain pihak yang telah menfitnah beliau.

5. Adalah amat jelas, bagi menjawab tuduhan-tuduhan tersebut, sebenarnya perkara-perkara berikut perlu diambil kira iaitu ;

(i). Konsesi mengendalikan dan menguruskan Menara KL (to operate and maintain KL Tower), telah diberikan sebanyak 2 kali kepada Anak Syarikat TM dan konsesi terakhir berakhir pada penghujung tahun 2019.

(ii). TM mengambil keputusan tidak mahu lagi menyambung Perjanjian Konsesi tersebut.

(iii). Sebenarnya Anak Syarikat TM yang mengendalikan Menara KL rugi teruk pada tahun perniagaan 2020, 2021 dan 2022, akibat berhadapan dengan Krisis Pandemik Covid 19.

(iv). TM berpendapat bahawa Menara KL tidak lagi berfungsi sebagai Menara Telekomunikasi yang Utama sebaliknya merupakan tempat pelancongan yang strategik.

Anak Syarikat TM memerlukan bajet berjumlah diantara 10 hingga 20 juta ringgit untuk memulakan semula operasi Menara KL secara optimum, post Pandemik Covid 19.

(v). Tuduhan kononnya ada tangan ghaib dan pemberian Konsesi tidak mengikut prosedure dan peraturan adalah tidak benar.

Prosedure dan peraturan yang ketat telah dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri).

UKAS adalah Agensi Kerajaan dibawah Dato’ Seri Mustapa Mohamad (Menteri Ekonomi, JPM), pada ketika itu.

UKAS telah membawa Kertas Kelulusan untuk Konsesi Mengurus dan Menyelenggara Menara KL (to operate and maintain KL Tower) oleh Syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd. (pembida yang berjaya) kepada Dato’ Seri Mustapa Mohamad dan PM DS Ismail Sabri.

Setelah diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh Perdana Menteri DS Ismail Sabri, Syarikat Hydroshoppe telah diberi kelulusan sebagai pembida yang berjaya untuk Konsesi ini oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

Bekas Menteri Komunikasi tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan Konsesi tersebut.

(vi). Tuduhan kononnya Pengarah Wanita Syarikat Hyroshoppe adalah kenalan rapat TS Annuar Musa, adalah tidak benar dan palsu.

*TUDUHAN MENGENAI KENAPA SYARIKAT HYDROSHOPPE DIPILIH SEBAGAI PEMEGANG KONSESI ?*

6. Seterusnya ada tuduhan kenapa Syarikat tertentu yang masuk membida konsesi mengurus dan menjaga operasi Menara KL telah tidak terpilih.

Sebenarnya 7 Syarikat telah melakukan bidaan tetapi 2 telah terlambat menghantar bidaan, maka hanya 5 Syarikat yang telah dibuat penilaian oleh pihak Kementerian Komunikasi dan UKAS.

7. Betul, Menara KL bukan Kedai Madu, bukan Kedai Kasut dan bukan Kedai Lot.

Menara KL adalah antara tempat yang popular pelancong datang berkunjung.

Tetapi ada tuduhan daripada Datuk Seri Megat bin Datuk Shahriman (tonton video yang disertakan) kononnya Syarikat beliau telah ditolak tanpa alasan yang munasabah, padahal dia sudah bertahun lamanya menyewa tapak restoran di Menara KL tersebut.

8. Untuk makluman, Syarikat Datuk Seri Megat telah mengemukakan cadangan untuk mendapatkan Konsesi yang panjang iaitu selama 45 tahun dan memohon untuk memulakan perniagaan satu Hotel Boutique, satu Museum Madame Tussaud (Wax Museum) dan Cart Prix.

Setelah diteliti oleh Jawatankuasa Penilaian, cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah aktiviti-aktiviti dan program perniagaan yang terkeluar daripada Skop yang digunakan sebagai Garisan Panduan untuk mengendali dan menguruskan Menara KL (to operate and maintain KL Tower).

9. Secara keseluruhannya, Hydroshoppe Sdn. Bhd. telah mengemukakan cadangan terbaik untuk mengurus dan menyelenggara Menara KL.

Menara KL yang telah siap dibina pada 1 Mac 1995, merupakan Menara Telekomunikasi tertinggi di Negara Malaysia dan tertinggi di Asia Tenggara.

Dengan ketinggian 420.7 meter, Menara KL ini juga merupakan Menara Telekomunikasi yang ke 7 tertinggi di dunia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button