Pertunjukkan fesyen meriahkan sambutan kemerdekaan di Subang Parade
PERAGAAN fesyen daripada pereka fesyen terkenal memulakan acara sambutan Subang Parade Merdeka Fiesta dengan petang ini.
Acara pembukaan menyaksikan barisan fesyen yang diperkenalkan oleh pereka tempatan Calvin Thoo, Toods, Deez, My Syakirin, Tengku Kery, ByTwoo dan Bujins.
Pelancaran Merdeka Fiesta diserikan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Temenggong Perlis Datuk Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail, Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar REIT Johari Shukri Jamil.
Turut memeriahkan acara ialah rakan perniagaan, tokoh korporat dan wakil penyewa Subang Parade.
Johari Shukri berkata, Subang Parade berbesar hati untuk mempersembahkan Fiesta Merdeka dan Pertunjukan Fesyen Batik, Tenun dan Songket hari ini.
“Kami amat berbangga mempamerkan budaya kita dan yang terbaik dari Malaysia dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan bakat tempatan untuk mempersembahkan lebih banyak pengalaman fesyen yang tidak dapat dilupakan dalam beberapa bulan akan datang dan menjadikan pusat beli-belah kami kembali meriah dengan aktiviti dan acara menarik untuk mengalu-alukan pembeli.” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, pereka fesyen antarabangsa Calvin Thoo, yang terkenal kerana minatnya terhadap fabrik halus dan sulaman rumit baju kurung moden, dan diraikan kerana pengkhususannya dalam pakaian tradisional dan keratan, mempamerkan barisan fesyen istimewanya yang mengingatkan penonton tentang semangat merdeka.
“Inspirasi saya untuk barisan fesyen hari ini adalah ekspresi bebas tradisi bertemu abad ke-21, tetap memikat, mengingatkan zaman dahulu.” katanya.
Thoo telah menyertai pertunjukan fesyen di Paris, Australia, China, Thailand dan Indonesia dan telah mereka bentuk untuk Keluarga Diraja Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perlis. Butik yang dinamakan sendiri terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
Selain dari pereka fesyen yang menyertai acara ini, beberapa selebriti tempatan turut serta antaranya Ifa Raziah, Yasmin Hani, Dynas Mokhtar dan Suki Low turut hadir dengan gerai jualan barangan buatan tempatan di bazar tersebut.