fbpx
Rencah Hidup

Sobah maafkan penghina fizikal di media sosial

SEORANG peniaga produk kecantikan, Jannatul Sobah Rajaai yang menjadi mangsa penghinaan fizikal semasa melakukan siaran langsung di media sosial memaafkan pelaku tersebut.

Jannatul Sobah yang menggunakan akaun Facebook, Sobah Rajaai berkata, dia sememangnya terkesan dengan kata-kata cacian yang dilemparkan ketika sedang melakukan live tutorial menata rias wajah di media sosial.

Wanita itu berkata, dia akan tabah terhadap penghinaan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya untuk meneruskan apa yang dilakukannya itu.


“Assalamualikum, terima kasih kerana viral isu ini. Sejujurnya saya memng agak terkesan dengan segelintir masyarakat yang suka kecam-kecam.

“Saya buat live video di TikTok untuk saya kongsi ilmu tapi sebaliknya lain pulak yang orang fikir.

“Tak apa, saya dah maafkan mereka yang kecam saya dan yang hina saya, saya kuat kerana anda semua, terima kasih sentiasa support saya dari dulu hingga sekarang, terima kasih atas nasihat dan teguran anda semua. Love you,” kata Jannatul Sobah.

Jannatul Sobah menjadi perhatian di media sosial selepas tangkap layar cacian yang diterima ketika live di TikTok menjadi tular.

Cacian yang dilemparkan berbentuk penghinaan fizikal kepada Jannatul Sobah yang berkongsi tips cara menata rias wajah.

Janatul Sobah berkata, niatnya untuk berkongsi ilmu kecantikan hanya untuk membantu insan sepertinya supaya lebih yakin dengan penampilan diri.

“Selamat pagi, salam Jumaat semua, maaf saya mencelah, saya buat live di TikTok untuk saya berkongsi ilmu pada orang lain.

“Niat saya baik, saya nak orang yang dekat luar macam saya. pandai makeup, bergaya, jadi diri sendiri dan yakin.

“Niat saya memang nak tolong, saya tahu saya kurang ilmu, saya bantu dengan cara macam tu, saya tak mintak untuk popular, saya, tak mintak viral satu Malaysia, Brunei, Indonesia. Terima kasih atas teguran anda dan saya cuba perbaiki lagi,” kata Janatul Sobah.

Menurutnya, hasil sokongan yang diterima dia akan meneruskan berkongsi tips menata rias dan bercadang untuk membuat siaran langsung malam ini.-SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button