Nasional

‘New deal’ UMNO terhadap Bersatu akan kuatkan PN

‘New deal’ atau syarat baru yang diusulkan UMNO kepada Bersatu akan memperkuatkan Kerajaan Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah membayangkan situasi itu sebaik Biro Politik UMNO membuat keputusan tersebut dalam satu mesyuarat yang dilakukan minggu lepas.

Malah Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan yakin hubungan UMNO dan Bersatu akan menjadi ibarat biduk berlalu kiambang bertaut.

“Saya telah membayangkan sebelum ini,hasrat biro politik UMNO merundingkan new deal dengan Bersatu mungkin menguatkan lagi kerajaan PN.

“Saya berkeyakinan kerajaan PN mampu untuk terus membela rakyat dengan cara yang jauh lebih baik dari PH. Insya-Allah, biduk lalu kiambang bertaut,” kata Annuar.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini berkata, syarat baharu bagi meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilakukan bagi tujuan penambahbaikan hubungan dan persefahaman politik dalam gabungan berkenaan.

Syarat itu, menurut Ahmad hanya bagi menjelaskan pendirian UMNO dan bukannya bersifat ugutan.

Usul itu juga telah dinyatakan dalam mesyuarat menerusi sidang video antara beliau dan Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi PN Rabu lepas.-SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button