Agama

Lagi Cerita Wanita Hina Islam, Tetapi Kali Ini Siap Mengaku Nabi Wanita Pula!

Apabila teknologi semakin canggih, masyarakat sukar untuk membendung perkara positif mahu pun negatif yang sering terjadi di sekeliling kita.

Lebih-lebih lagi pada zaman ini, terlalu banyak aplikasi tumbuh bagaikan cendawan dan peratusan perkara negatif dalam media sosial juga terlalu tinggi.

Misalnya baru-baru ini, kita dikejutkan dengan insiden dua rakyat Malaysia yang secara lantang mengkritik dan menghina Islam sehingga menimbulkan huru-hara.

Namun trend tersebut seperti belum terhenti sepenuhnya apabila muncul pula seorang wanita di luar negara yang videonya ditonton di TikTok namun mengandungi mesej biadab.

Wanita tersebut dikenali sebagai Mariam Hadid dan selain membaca al-Fatihah dengan gaya ejekan serta berkostum adiwira Spider Gwen namun duduk di atas sejadah sambil memegang al-Quran.

Mengejutkan, Mariam Hadid turut menulis di biodatanya bahawa dia kononnya merupakan seorang nabi wanita pertama dan menggunakan TikTok sebagai medan mencari pengikut agama ciptaannya.

Sehubungan itu, biar pun kesemua video Mariam Hadid mendapat tontonan yang sangat tinggi sehingga ada yang mencecah jutaan tontonan, kesemuanya disulami dengan kritikan umat Islam.

Pengguna TikTok juga sedang melancarkan kempen untuk membuat laporan beramai-ramai kepada pemilik aplikasi berkenaan agar akaun Mariam Hadid disekat kerana mencipta kandungan berunsurkan provokasi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button