Negeri

Yusharifuddin dilantik Ketua Polis Daerah Kangar

ASSISTEN Komisoner, Yusharifuddin Mohd Yusop dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kangar yang baharu.

Yusharifuddin, 47, sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Anak kelahiran Perak ini menggantikan Asisten Komisioner, Wari Kiew yang akan mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar ini telah disaksikan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.


Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Assiten Komisioner, Baderulhisham Baharudin.

Sebelum itu Surina juga melakukan upacara pemakaian pangkat kepada Wari.

Juga diadakan upacara menandatangani dokumen dan penyerahan dokumen serah tugas jawatan antara Wari dan Yusharifuddin.

Wari juga menyerahkan tongkat kuasa kepada Yusharifuddin sebagai acara simbolik pada majlis ini.

Sementara itu Wari dalam ucapannya menyifatkan tempoh berkhidmat di IPD Kangar sejak enam tahun lalu dipenuhi dengan pelbagai cabaran pahit manis.

Yusharifuddin pula berharap dapat menunaikan amanah yang diberikan kepadanya dengan penuh tanggungjawab.

Pada majlis ini juga diadakan penyerahan tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Kangar antara Anna Teng Tim Ming dengan Timbalan Ketua Polis Kangar, Superitendan, Baeyah Abdul Wahab.

Baeyah, 53, juga adalah wanita pertama memegang jawatan sebagai Timbalan Polis Kangar. – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button