Nasional

UPSI catat kecemerlangan dalam penarafan dunia 

NAMA Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semakin melonjak naik apabila mencipta pencapaian cemerlang dalam penarafan antarabangsa menerusi QS World University Rankings dan juga Times Higher Education (THE) .

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata penarafan peringkat dunia itu penting bertujuan melonjakkan lagi imej UPSI sebagai sebuah universiti pendidikan yang semakin disegani di rantau ini dan dunia.

Prof Datuk Dr Md Amin (tengah) bersama kakitangan akademik UPSI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyelidik atau akademia yang gigih menjayakan penyelidikan dan penerbitan artikel jurnal di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah sempena program Jeyarawara QS Worlds University Rankings.

Beliau menegaskan UPSI bukanlah sebuah universiti penyelidikan (Research Universiti ) seperti universiti ternama lain di negara ini sebalik memberi fokus terhadap penyelidikan dalam bidang pendidikan.

Pelbagai hasil penyelidikan yang dihasilkan penyelidik UPSI, katanya, memberi impak kepada dunia pendidikan di negara ini.


Justeru, katanya, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) harus dimanfaatkan oleh semua penyelidik UPSI supaya mereka dapat menghasilkan penyelidikan dan menerbitkan artikel jurnal bertaraf SCOPUS.

Beliau berkata menerusi RMIC, disediakan kemudahan Bitara Scholar Dan Coaching, program Mentor Mentee Geran Penyelidikan, Insentif Penerbitan Q1 hingga Q4, serta setiap penyelidik diperuntukkan yuran penerbitan Scopus sebanyak RM2,000 supaya mereka lebih bersemangat menjalankan penyelidikan bertaraf dunia.

Md Amin menyampaikan hadiah penghargaan kepada Prof Dr Raja Nor Safinas Raja Harun.

Selain itu, katanya, RMIC turut menyediakan Khidmat Penterjemahan untuk kemudahan penyelidik tanpa bersusah payah mencari penterjemah sekali gus memberi peluang kepada penyelidik memberi fokus kepada penulisan walaupun dalam bahasa Melayu.

“UPSI juga sudah dua tahun berturut-turut menjayakan majlis Anugerah Penyelidikan (AURA) setiap tahun sebagai usaha mengiktiraf sumbangan penyelidik yang bekerja keras meneroka pelbagai inovasi dan berimpak tinggi ,” katanya.

Selain itu, katanya, UPSI menawarkan Geran Dalaman Strategik bagi meningkatkan jumlah penyelidikan setiap tahun.

Pada majlis sama, selain beramah mesra, Md Amin menyampaikan Anugerah Sitasi Berimpak dan Anugerah Artikel Penyelidikan Berimpak Tinggi kepada Prof. Madya Dr. Faizal Nizam Lee bin Abdullah (Dekan Fakulti Sains dan Matematik) dan Profesor Ts. Dr. Wong Kung Teck (Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi); manakala Anugerah Enrolmen Pelajar Antarabangsa (Dekan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad dan Dekan Institut Pengajian Siswazah, Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun);

Selain itu Anugerah Fakulti Antarabangsa diraih oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan manakala Anugerah Penjanaan Kewangan Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Sedekah & Khairat (WEZAS).

(Visited 130 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button