JenayahNasionalNegeri

JPJ, MOTAC gempur kenderaan, premis pelancongan tiada lesen

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bersama dengan Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melaksanakan Ops Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa, JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, operasi ini dilaksanakan ekoran aduan awam berhubung dengan aktiviti perniagaan yang melibatkan pakej pelancongan tanpa lesen yang sah di sekitar negeri Kedah dan Perlis.

Sebuah bas diperiksa semasa Ops Khas JPJ bersama MOTAC di hadapan Kompleks ICQs Padang Besar hari ini. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

Beliau berkata, Ops Khas yang telah dimulakan pada pukul 6 pagi sehingga pukul 1 petang semalam (12 Januari) mulai pukul 6 pagi sehingga 11 pagi hari ini.

“Ia menyasarkan koridor penguatkuasaan dan pelancongan melalui pintu masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kompleks ICQs Padang Besar, Perlis,” katanya pada sidang media di Padang Besar hari ini.

Beliau juga menyertai operasi ini bersama bersama pegawai- pegawai Ibu Pejabat JPJ dan JPJ Negeri Kedah serta JPJ Perlis.

Manakala pihak MOTAC diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Cawangan Penguatkuasaannya, T. Kanmani bersama pegawai-pegawai MOTAC termasuk dari negeri Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Lokman berkata, Ops Khas ini melibatkan kolaborasi dengan kekuatan seramai 65 orang pegawai dan anggota JPJ serta MOTAC.

“Ia memfokuskan pengesanan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), khasnya pematuhan Seksyen 5(2), Seksyen 20, Peraturan 6(1)(i)(iii), dan Peraturan 6(1)(d) iaitu menjalankan pakej perniagaan pelancongan tanpa lesen yang sah, dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya dan atau yang mana berkenaan,” katanya.

Lokman berkata, hasil operasi di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Kompleks ICQS Padang Besar, Perlis pada 12 Januari (semalam), JPJ dan MOTAC telah menjalankan pemeriksaan ke atas 734 buah kenderaan dengan 224 notis dikeluarkan berkaitan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Katanya, sebanyak 53 buah kenderaan pelancongan/ persendirian telah diperiksa dengan enam notis dikeluarkan.

Sebuah van diperiksa semasa Ops Khas JPJ bersama MOTAC di hadapan Kompleks ICQs Padang Besar hari ini.

“Ia melibatkan satu notis kerana penggunaan kenderaan selain kenderaan persiaran yang dilesenkan untuk membawa pelancong manakala lima notis lagi berkaitan tiada khidmat pelancong berlesen
menggunakan pemandu yang berkaitan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya.

Tambahnya, sembilan notis juga telah dikeluarkan ke atas premis perniagaan pelancongan lesen manakala satu notis kerana beroperasi tanpa lesen cawangan yang juga mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). – SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button