Politik

UMNO makin tenat, ramai ahli akan keluar parti – Annuar

KOTA BHARU: Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO semakin tenat dan hilang wibawa apabila bakal menyaksikan penghijrahan keluar beramai-ramai ahli untuk meninggalkan parti berkenaan dalam masa terdekat di negeri ini.

Annuar berkata, pergerakan keluar parti secara beramai-ramai seperti itu akan menjadi seperti seruan dan situasi tersebut akan menyaksikan satu gelombang yang membawa rakyat di negeri ini berdiri lebih teguh bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, situasi itu sekali gus memberi kesan langsung kepada senario politik.

“Itu satu seruan dan saya boleh rasa sekarang ini. Sudah boleh rasa situasi itu. Bukan hendak sedap bercakap tetapi boleh tanya sesiapa sahaja.

“UMNO sedang menghadapi satu krisis yang sangat tenat kerana mereka sendiri menghilangkan kewibawaan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas program Ceramah Perdana Isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, di sini malam tadi.

Annuar memberitahu, rakyat termasuk anak-anak muda sentiasa memerhati serta menilai akan memilih sebuah parti yang lebih konsisten dalam perjuangannya.

Katanya, gelombang yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) akan ‘double up’ (berganda) pada 12 Ogos ini.

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button