fbpx
Politik

PRN Sabah: Joniston pertahan kerusi Kiulu, Presiden UPKO tersingkir

CALON Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya mempertahankan kerusi Kiulu, menewaskan lima calon lain.

Antara calon yang ditewaskan termasuk Presiden Upko Wilfred Madius Tangau, berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Ini merupakan kejayaan ketiga Joniston di Kiulu dan kekalahan kedua Madius sejak 1999.

Setakat ini, PBS cuma menang di satu kerusi.

Sementara itu, Semporna disapu bersih Warisan. Parti pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menguasai semua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Semporna.


Difahamkan Warisan berjaya mempertahankan DUN Sulabayan, Senallang dan Bugaya.

Warisan juga hanya kalah di tiga dari 32 saluran mengundi.

Ketua menteri sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertanding di Senallang dan Datuk Jaujan Sambakong di Sulabayan. – SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button