Nasional

63 premis dikompuan kerana gagal catat butiran kehadiran pelanggan

SEBANYAK 63 premis dikenakan kompuan kerana gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, angka itu dicatatkan dalam 58,247 pemeriksaan yang dilakukan pastukan Task Fore Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Secara keseluruhan, sebanya 517 individu telah melakukan kesalahan ingkar PKP dan daripada jumlah itu, 467 individu telah dikompaun manakala 50 yang lain direman.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (187), tidak memakai pelitup muka (83), aktiviti di pusat hiburan (56), aktiviti perjudian (42), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37) dan lain-lain (49),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Operasi Benteng pula, jelasnya, sebanyak 8,427 pendatang asing tanpa izin (PATI), 789 tekong dan 351 penyeludup telah berjaya ditahan.


Turut dirampas ialah 227 bot serta 922 kenderaan darat.

“Semalam, Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 PATI, dua penyeludup serta merampas tiga bot/kapal dan 3 kenderaan darat.

“Sebanyak 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM (210), PDRM (54) dan AKSEM (10),” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba
memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus. -SM

(Visited 23 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button