Nasional

6,000 soal jawab agama diterbit sepanjang menerajui Pejabat Mufti Wilayah

ENAM tahun menerajui Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berjaya menyediakan kira-kira 6,000 soal jawap berkaitan agama dalam laman web.

Dr. Zulkifli yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal agama Islam berkata, beliau mampu menarik nafas lega kerana dalam tempoh tersebut juga dia berjaya menyediakan infografik hukum dan fatwa yang menarik, mewartakan  fatwa, menerbitkan buku-buku ilmiah.

Pembaharuan yang dilaksanakan itu berjaya dilaksanakan dengan bantuan penyelidik Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa al-Zuhaili (ACE), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. ⁣

“Merekalah antara tulang belakang penyelidikan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Setiap hari bermesyuarat, menelaah timbunan kitab, berdiskusi daripada Isnin – Ahad; demi umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya.⁣

“Saya amat mengharapkan budaya kerja yang saya terapkan, akan terus dipraktikkan di masa depan. ⁣
Institusi fatwa akan terus menerajui perubahan dalam lanskap perkembangan Islam di Malaysia,” kata Dr. Zulkifli.

Agamawan kelahiran Terengganu itu muncul sebagai mufti pertama di negara ini yang dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet.

Dr Zulkifli terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan itu.-SM

 

 

(Visited 1,357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button