Nasional

Kerajaan teliti sistem gaji progresif

KERAJAAN sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif di Malaysia serta proses perbincangan dan libat urus mengenainya sudah bermula dengan pelbagai sektor, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Memetik laporan FMT, beliau berkata, ini sebahagian daripada dasar yang sedang dikaji Kementerian Ekonomi.

Dan ia selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) supaya nisbah hasil ekonomi yang diberi kepada pekerja dalam bentuk gaji dan pampasan meningkat daripada paras semasa iaitu sekitar 36% kepada 40% peratus.

“Kita akan bawa perbincangan ini dalam forum kerajaan yang sewajarnya dalam masa yang ditetapkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian UK-Malaysia Clean Growth Handbook.

Katanya lagi, kerajaan ingin pastikan kerangka dasar itu lebih mampan dan dapat dilaksanakan secara positif oleh semua pihak serta manfaatnya bukan hanya kepada pekerja tetapi juga kepada majikan. – SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button