BanjirNasional

Sukarelawan dan ubat-ubatan diperlukan – Isham Jalil

PERSIMPANGAN jalan masuk di lampu isyarat Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor masih lagi dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan kecuali pacuan empat roda.

Mereka yang dapat masuk ke kawasan Taman Sri Muda memaklumkan, sukarelawan diperlukan untuk membantu mencuci dan membersihkan rumah.

Setakat ini, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil memberitahu, tilam-tilam juga diperlukan bagi menggantikan tilam yang basah kerana terendam dalam banjir.

“Satu lagi saya nak maklumkan, ada risiko Covid-19. Sukarelawan yang mahu berkhidmat amat dialu-alukan tetapi perlu mematuhi SOP dan perlu berjaga-jaga,” katanya.

Sumbangan makanan dan pakaian terus dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk mereka yang bukan warga tempatan.

Kata Isham lagi, bantuan ubat-ubatan daripada farmasi amat dialu-alukan bagi keperluan mangsa-mangsa banjir. – SM

(Visited 612 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button