Nasional

60 anggota polis dikerah kawal lokasi PKPD bagi setiap syif

POLIS Selangor mengerahkan sebanyak 60 orang anggota bagi setiap syif untuk memantau lokasi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk menggerakkan semua kekuatan sedia ada di Selangor ke kawasan terbabit.

“Kita juga menerima bantuan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu penugasan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada semalam menyatakan dua lokasi di Selangor telah diarahkan untuk dilaksanakan PKPD bermula hari ini.

Lokasi tersebut ialah di Flat Sungai Emas (Jalan Sungai Emas 31 dan Jalan Sungai Emas 32) serta Plaza Hentian Kajang, Selangor.

Dalam pada itu, Noor Azam memberitahu sebanyak 44 anggota dan pegawai polis menjalani kuarantin kendiri selepas terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19/

“Setakat ini, seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan isteri kepada anggota di IPD Kajang disahkan positif virus berkenaan.

“Berdasarkan perkembangan ketika ini, tiada keperluan untuk tutup IPD dan balai seperti dilakukan sebelum ini,” jelasnya. -SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button