Nasional

Setahu saya, boss tuan adalah ahli tetap dan utama dalam MKN

Setahu saya, boss tuan adalah ahli tetap dan utama dalam MKN. Itu komen ringkas Tan Sri Annuar Musa terhadap Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigadier Jeneral Dr. Mohd Arshil Moideen.

Dr. Mohd Arshil mendakwa ketiadaan tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah menjadi punca mengapa negara tidak dapat keluar daripada gelombang ketiga Covid-19.

Teguran anggota Kabinet kerajaan merupakan Menteri Wilayah Persekutuan, walaupun ringkas menimbulkan persoalan yang besar kerana Panglima Angkatan Tentera (ATM), Tan Sri Affendi Buang sendiri berada di dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jika maklumat tersebut terlalu penting mengapa ia tidak disampaikan kepada pegawai atasan untuk disalurkan mengikut cara yang betul.

Dr. Mohd Arshil turut berkata, ini turut disumbangkan dengan kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes Covid-19.

“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.

“Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.

Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action‘ dan ‘coordination’.

“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan Covid-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya dalam program AWANI Pagi, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Arshil berkata, masalah utama turut didorong oleh ketidakpantasan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes Covid-19.

“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.

“Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya.

“Daripada waktu kita contain, diagnosis and isolation, ia memakan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penularan di kawasan-kawasan kesnya terlalu tinggi,” ujar beliau.

(Visited 1,100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button