Nasional

4 kilang, 20 premis diarah tutup; 4 lokaliti dikenakan PKPD

SEBANYAK empat buah kilang dan 20 premis perniagaan diarahkan tutup semalam selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 5,785 pemeriksaan ke atas kilang, 15,388 premis perniagaan, 569 tapak pembinaan dan 297 asrama penempatan pekerja.

“Sehingga semalam, secara kumulatifnya sebanyak 151,773 premis peniagaan telah diperiksa, 25,970 kilang, 1,847 tapak pembinaan dan 812 asrama penempatan pekerja,” katanya.

Sementara itu empat lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 6 Julai sehingga 19 Julai.

Di Kuala Krai, Kelantan melibatkan Kuarters Ladang Lepan Kabu (A & B) dan sebahagian kawasas Kampung Pahi iaitu kawasan bersempadan dengan Kuarters Ladang Lepan Kabu dikenakan PKPD.


Kawasan tersebut mencatatkan peningkatan kes Covid-19 iaitu daripada 80 individu yang disaring dan 18 dilaporkan positif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti.

Turut dikenakan PKPD adalah Kampung Jambatan Baru, Membakut, Beaufort, Sabah dengan 17 kes positif Covid-19 daripada 20 ujian saringan dengan kadar positiviti 85%.

Sebuah lagi kawasan di Sabah iaitu Blok 6, Kampung Titingan, Tawau juga dikenakan PKPD. Hasil 17 ujian saringan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sembilan daripadanya dilaporkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 52.94%.

Sementara itu PKPD dua lokaliti yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 19 Julai.

Lokaliti terbabit terletak di Sabah iaitu Kampung Serudung Baru, Tawau dan Kampung Jaya Baru, Kunak berikutan jumlah kes positif yang dikesan masih tinggi.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di 12 lokaliti bermula esok iaitu Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam dan Kampung Sawah Datok yang terletak dalam Mukim
Tenglu, Mersing, Johor.

Turut ditamatkan PKPD di taman perumahan di Mentakab, Pahang iaitu Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan Taman Saga Indah.

Tiga lagi lokaliti melibatkan negeri Sabah iaitu Ladang Brumas, Kalabakan; Kampung Pulutan, Nabawan dan Taman Wijaya Park, Kota Kinabalu.

Turut dilaporkan 691 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard semalam. Daripada jumlah itu, seramai 651 individu dikompaun, 38 lagi direman manakala dua lagi dijamin.-SM

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button