Negeri

4 kamera AWAS dipasang sebelum dan selepas Terowong Menora

Pemasangan dijangka hujung tahun ini

EMPAT kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan ditambah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) iaitu sebelum dan selepas Terowong Menora bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi pemasangan kamera AWAS di kedua-dua arah laluan panas itu telah memperoleh kelulusan Kementerian Pengangkutan dan dijangka dilaksanakan pada hujung tahun ini.

“Penambahan ini menjadikan keseluruhan 49 kamera AWAS yang terdapat di seluruh negara termasuk 22 di PLUS setakat ini.

“Kami juga dalam kajian untuk menambah lebih kamera AWAS di kawasan-kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, had kelajuan yang ditetapkan kepada kenderaan yang melalui penempatan empat kamera AWAS di Terowong Menora adalah 70 kilometer sejam (km/j) berbanding kamera AWAS lain yang menetapkan had laju 110km/j.

Shaharuddin berkata, aspek teknikal dan spesifikasi pemasangan kamera itu kini berada di peringkat akhir untuk menentukan kesesuaian lokasi yang strategik dengan kerjasama pihak PLUS Malaysia Berhad.

Katanya, fungsi kamera AWAS di lokasi tersebut akan dipantau oleh UPLR yang mula beroperasi di pusat kawalan Stesen Penguatkuasa UPLR JPJ Jelapang yang mula beroperasi pada 1 Julai lepas.

“Pengiraan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) kamera AWAS juga masih sama pada pelaksanaannya nanti,” katanya.- BERNAMASM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button