fbpx
Rencah Hidup

31 ahli keluarga Azizan dijangkiti Covid, ibu mertua meninggal

MENTOR keusahawanan dan motivasi Dr. Azizan Osman mendedahkan sebanyak 31 orang ahli keluarganya termasuk dirinya dijangkiti virus maut Covid-19.

Ibu mertua Azizan tewas dalam pertarungan melawan virus tersebut dan nyawa Azizan sendiri hampir diragut selepas dijangkiti Covid-19 pada 7 Januari lalu.

Menurut Azizan pada 15 Januari lalu doktor memberitahunya peluang untuk dia hidup amat tipis ketika itu.

“Saya dan keluarga diuji dengan Virus Covid-19. 31 ahli keluarga saya dijangkiti Covid dan ibu mertua saya telah kembali ke rahmatullah.

“Tak mudah untuk saya kongsikan betapa sedih, perit dan ngeri pada waktu itu, tapi sangat penting untuk saya kongsikan sebagai seorang MenThor, saya nak anda tahu proses ini dan mengapa saya dan RichWorks terus buat apa yang kami buat hingga hari ini.


“1.44 tengah hari, Jumaat 15 Jan 2021, Saya dah hampir maut! Nafas saya sesak! Doktor kata peluang saya amat tipis!,” katanya.

Pemilik syarikat motivasi, Richworks International Sdn Bhd itu berkata, pergelutan untuk hidup selepas dijangkiti virus itu sememangnya satu pertarungan yang sukar.

Dan dia berjuang untuk hidup selepas mendapat semangat daripada sokongan yang diberikan oleh keluarga dan rakan.

“Masa itulah saat penentu untuk pergi atau kekal. You tak boleh bernafas, you tak boleh tarik, you tak boleh hembus hanya gunakan mesin untuk terus survive dan fight dengan otak, emosi dan diri.

Do you want to live? Do you want to fight? That was the moment. Dan Insya-Allah ini masanya untuk saya betulkan segalanya, peluang kedua (hidup) ni bukan sekadar suka-suka,” kata Azizan.

Dia percaya ada sebab untuk Allah memberinya peluang untuk terus hidup. Justeru katanya, dia akan menggunakan kesempatan yang diberikan itu untuk buat segalanya dengan lebih baik dan menjadi mentor yang lebih sempurna.

Azizan berkata, dia melihat dengan matanya sendiri bagaimana virus itu mengubah hidup seseorang. Covid-19 memberi tekanan yang hebat sehingga ada yang tekad untuk membunuh diri,

“Ini semua cukup memberi kesan pada saya betapa saya belum berjaya bantu bangsa saya untuk berjaya.

“Saya sedar misi saya belum selesai seperti kata mak, ramai lagi anak bangsa yang ketinggalan, perlukan bimbingan terutama dalam dunia bisnes ini. Saya dan RichWorks akan terus buat apa yang kami buat hingga hari ini,” katanya.

Sembuh daripada penyakit itu, Azizan akan membuat siaran langsung pada 30 Januari ini untuk menceritakan apa yang beliau belajar melalui pengalaman nyawanya hampir diragut oleh Covid-19.-SM

(Visited 493 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button