Rencah Hidup

Penjawat awam bermasalah mental mati mengejut

SEORANG penjawat awam berstatus duda anak tiga berusia 43 tahun dan penghidap ‘Bipolar Disorder’ tahap 1 ditemukan mati di kediamannya di Presint 11, Putrajaya, semalam .

Kejadian itu disedari oleh jiran mangsa kira-kira pukul 10.22 pagi selepas ternampak bayangan seorang lelaki tergantung dengan seutas tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumah mangsa.

Ekoran itu, jiran berkenaan bertindak menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian.

Susulan itu, anggota Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi dan memecah masuk rumah mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.


“Malahan pintu rumah mangsa berada dalam keadaan berkunci serta tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil selain barangan peribadi mangsa turut ditemui,” jelasnya.

Beliau berkata, pihak polis dimaklumkan oleh jiran mangsa, kalai terakhir melihat mangsa ialah pada pagi Sabtu lalu dan dia berada dalam keadaan sihat.

“Menurut rekod, mangsa sedang menerima rawatan di Klinik Psikiatri Hospital Putrajaya sejak 26 September lalu dan mengambil ubat jenis Risperidone di mana ubat itu adalah untuk mengurangkan masalah mental seperti Schizophrenia,” katanya.

Mangsa dikenalpasti sebagai Nor Afizan merupakan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah bercerai selama empat tahun dan ketiga-tiga anak mangsa menetap dengan bekas isterinya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kematiannya di klasifikasikan sebagai mati mengejut. – SM

 

(Visited 180 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button