Mahkamah

Mahkamah tetapkan 4 Sep. pengurusan kes Golden Sachs, Robert Ng

MAHMAKAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 September untuk pengurusan kes selanjutnya bagi mengetahui status terkini bekas jurubank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa berkaitan perbicaraan kes jenayah beliau di Amerika Syarikat (AS).

BERNAMA melaporkan, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan perkara itu kepada tarikh tersebut supaya mahkamah boleh dimaklumkan mengenai kedudukan kes tertuduh di AS.

Mohamed Zaini  turut mengekalkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu dari 9 hingga 13 November tahun ini.

Roger Ng, 47, menghadapi empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan nota jaminan dan bon dimiliki anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai US $6.5 billion.

Terdahulu peguam Roger Ng, Datuk Tan Hock Chuan berkata, beliau dimaklumkan bahawa pengurusan kes anak guamnya itu telah ditetapkan pada Julai di Mahkamah Daerah AS, ‘Eastern District’ di New York, Manhattan.

Bagaimanapun peguam itu memaklumkan yang beliau tidak terlibat dengan kes anak guamnya di AS.

“Saya tidak bercadang untuk menghadiri perbicaraan (di AS). Ada pengurusan kes di sana pada Julai dan mahkamah di New York akan menetapkan tarikh perbicaraan.

“Apabila saya tahu, saya boleh memaklumkan tetapi pihak Peguam Negara dalam kedudukan yang lebih baik untuk memaklumkan yang terkini kerana mereka saling berhubung dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ),” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraaf Zubir hadir mewakili pendakwaan.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala dengan empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan nota jaminan dan bon milik anak syarikat 1MDB bernilai US$6.5 billion dengan mengeluarkan fakta material serta mengemukakan pernyataan palsu.

Roger Ng dituduh melakukan kesalahan tersebut di pejabat 1MDB, di Aras 8, Menara IMC, No. 8,  Jalan Sultan Ismail, KIuala Lumpur antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 370(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Roger Ng bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Pada Mei tahun lepas, Roger Ng telah diekstradisi ke Amerika bagi menghadapi pertuduhan jenayah oleh Jabatan Kehakiman AS berkaitan skandal 1MDB. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button