Mahkamah

Mahkamah Rayuan benar lanjutan 30 hari kepada Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk lanjutkan penfailan petisyen selama 30 hari.

Tempoh masa itu dilapor diperlukan kerana rekod rayuan itu terdiri daripada 112 jilid dan alasan penghakiman Mahkamah Tinggi adalah 801 muka surat.

Justeru, pihak pembelaan memerlukan lanjutan berbanding prosedur mahkamah yang memberikan tempoh 10 hari untuk menfailkan petisyen rayuan selepas menerima rekod rayuan.

Bagi kes Najib Razak, tarikh akhir memfailkan petisyen rayuan dalam kes itu ialah pada Isnin (28 September).

Kebenaran itu diberikan, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan iaitu Hakim Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Nordin Hassan.

Kebenaran itu juga diberikan selepas tiada bantahan diterima daripada pihak pendakwaan.

“Demi kepentingan keadilan substantif, kami memerlukan masa untuk menyediakan petisyen itu dengan secukupnya.”

Kata peguam bela, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib Razak seperti dipetik laporan Bernama hari ini.

Najib Razak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi selepas Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati beliau bersalah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjaran 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib selepas bersalah dalam tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan wang RM42 juta milik dana SRC.

Hukuman penjara yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu adalah berjalan serentak berbanding setiap pertuduhan yang dijatuhkan ke atasnya.

Beliau sepatutnya menjalani penjara 12 tahun bagi kesalahan penyalahgunaan kuasa, dan 10 tahun bagi setiap pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, Najib Razak juga berhadapan tiga lagi pertuduhan dan perlu menjalani penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Kewangan itu bebas daripada hukuman selepas diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin.

Oleh demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan pengurusan kes bagi rayuan Najib Razak pada 2 Oktober nanti. – SM

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button