Hiburan

Shaheizy Sam kena ‘sound’ dengan isteri sebab main game

SEMUA bermula gara-gara pelakon Shaheizy Sam memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan bentuk tubuhnya semakin membuncit.

Menerusi status gambar tersebut, Shaheizy memberitahu yang beratnya kini sudah hampir 85 kilogram, angka paling berat pernah dicapainya.

Namun, ada satu tanda pagar di dalam status tersebut iaitu #mukaseriousmaincandycrush yang telah menarik perhatian isteri Shaheizy, Syatilla Melvin.

Syatilla kemudian telah meninggalkan komen ‘main game boleh, balas mesej whatsapp isteri tak boleh’.

Ternyata ayat itu telah membuatkan ramai peminat termasuk rakan artis berkongsi pengalaman yang sama.

Pelakon, Fizz Fairuz turut meninggalkan komen dan berkata yang dia juga sering dimarahi isteri dengan ayat yang sama.

Selain itu, beberapa peminat lain turut meninggalkan komen berkongsi pengalaman sama.

Malah, ada juga yang menyifatkan sikap tidak membalas mesej whatsapp isteri adalah sesuatu yang sering dilakukan suami.

Namun, perkara itu hanyalah gurauan di laman sosial dan bukanlah sesuatu yang serius. -SM

(Visited 578 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button