Ekonomi

UOB Kepong dibuka lebih awal

BANK United Overseas Bank (UOB) Cawangan Kepong kembali beroperasi semalam selepas ditutup sementara susulan seorang kakitangannya positif Koronavirus (Covid-19).

Cawangan bank itu dibuka lebih awal berbanding tarikh asal penutupan sementaranya iaitu sehingga 5 Oktober.

Namun kebenaran buka lebih awal diperolehi bank tersebut selepas berunding dan menerima panduan yang diperlukan daripada pohak berkuasa kesihatan.

“Semua kakitangan dan pelanggan yang berhubung rapat dengan kakitangan yang terlibat di cawangan itu telah diuji dan dikuarantin.”

Jelas UOB Bank dalam satu kenyataan hari ini mengulas pembukaan semula selepas kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan pada 22 – 23 September 2020.

Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan UOB Bank cawangan Kepong perlu ditutup sementara selepas seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Susulan penutupan itu, pengesanan kontak rapat dijalankan, juster lima pekerja CIMB Bank cawangan Kota Damansara dikuarantin selepas dikenalpasti sebagai kontak rapat.

Walau bagaimanapun, susulan dibuka semalam, UOB memberi jaminan kepada pelanggan bahawa langkah berjaga diambil.

Prosedur tersebut disarakan kerajaan untuk dilaksanakan di semua premis UOB dan cawangannya bagi memastikan keselamatan kakitangan dan orang ramai.

Sebagai langkah keselamatan juga, UOB Bank menggalakkan pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perbankan digitalnya.

Perkhimatan tersebut termasuklah Perbankan Internet Peribadi UOB, Perbankan Internat Peribadi Plus UOB dan aplikasi telefon pintar, UOB Mighty. – SM

(Visited 730 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button