fbpx
Nasional

Imigresen Selangor tahan 10 PATI, periksa 803 warga asing

TAMAN Langat Murni dan Taman Langat Utama merupakan dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran sejak awal bulan ini.

Kawasan PKP secara pentadbiran itu seluas 43.3 hektar, didiami kira-kira 9,000 penghuni dengan 30 peratus daripadanya merupakan rakyat asing.

Tinjauan BERNAMA di lokasi hari ini mendapati kebanyakan anggota yang terlibat dalam operasi di kawasan itu mengenakan peralatan perlindungan peribadi yang lengkap sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut sumber, 803 warga asing diperiksa dalam operasi selama kira-kira tiga jam yang bermula pukul 9.00 pagi.

Dalam operasi tersebut,  10 pendatang tanpa izin ditahan dan mereka yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor  atas pelbagai kesalahan.


BERNAMA melaporkan, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita Indonesia, seorang lelaki Bangladesh dan empat lelaki India, berumur antara 19-50 tahun.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Selangor sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Semenyih, dan kes disiasat mengikut Seksyen 35, Akta Imigresen 1959/63.

Untuk rekod, Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama dikenakan PKP secara pentadbiran pada 2 Jun lalu selepas 20 pekerja asing sebuah syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu, didapati positif COVID-19.

Selain anggota Jabatan Imigresen Selangor, difahamkan operasi hari ini turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Kementerian Kesihatan.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button