Nasional

Lebih 7 juta dos vaksin telah diberi

SEJUMLAH 7,039,072 dos vaksin telah diberi kepada rakyat Malaysia sehingga pukul 11.59 malam tadi.

Daripada jumlah tersebut 15.5 peratus populasi atau 5,017,712 penduduk telah menerima dos pertama dan 1,966,358 menerima dos kedua.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sejumlah 215,968 dos suntikan diberikan semalam dengan 148,380 melibatkan dos pertama dan 67,588 dos kedua.

Kuala Lumpur kekal menjadi wilayah tertinggi menerima dos vaksin iaitu 49.9 peratus atau 796,769 penduduknya telah menerima dos pertama dan 9.6 peratus atau 170,594 menerima dos kedua.

Sarawak kedua tertinggi dengan 878,626 (31.2%) menerima dos pertama dan 202,714 menerima dos kedua.

Diikuti Selangor iaitu 796,769 (12.2%) telah mendapatkan suntikan dos pertama dan 269,635 (4.0) telah disuntik dengan dos kedua.

Johor keempat tertinggi iaitu 412,952 (11.2%) menerima dos pertama dan 201,340 (5.3%) dos kedua.-SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button