Politik

Tun M cadang dua bekas Council of Elders anggotai MPN

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mencadangkan dua orang bekas anggota Council of Elders iaitu Dr. Jomo Kwame Sundaram dan Tan Sri Hassan Merican untuk turut menjadi ahli Majlis Pemulihan Negara.

Menurut Dr. Mahathir, beliau telah mencadangkan penubuhan MPN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 10 Jun lepas.

“Ketika saya memberikan cadangan penubuhan MPN kepada Yang di-Pertuan Agong, saya telah memikir secara mendalam keahlian badan itu yang saya yakin dapat membantu negara mengatasi krisis ini selain menyediakan rancangan jangka panjang pemulihan.

“Keahlian MPN ini seperti yang telah saya tekankan mestilah tidak mempunyai ahli-ahli politik parti-arti kerana mereka akan mempertimbangkan kepentingan parti mereka dahulu dan tidak rakyat dan negara,” kata Dr. Mahathir.

Council of Elders atau Majlis Penasihat ditubuhkan oleh Dr. Mahathir sebaik Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentabiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Majlis itu ditubuhkan bagi menasihati kerajaan Pakatan Harapan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.

Bagaimanapun dalam penubuhan Majlis Pemulihan Negara, Dr. Mahathir telah menggugurkan tiga ahli Council of Elders yang lain iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Robert Kuok Hock Nien.

Selain Dr. Jomo dan Hassan, Dr. Mahathir turut mencadangkan nama Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Lin See Yan, Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Prof. Dr Jomo K. Sundram untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara.

Beliau turut menyenaraikan nama Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman, Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Emeritus Prof Datuk Dr Lam Sai Kit, Datuk Dr Musa Nordin, Datuk Dr Amar Singh HSS dan Dr Kumitaa Theva Das.

Turut dicadangkan Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi, Prof Dato’ Salleh Buang dan Samuel Isaiah.

Ahli Politik yang dicadangkan adalah Datuk Seri Azalina Othman Said (BN), Hannah Yeoh (DAP), Ahmad Fahmi Fadzil (PKR) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda).-SM

 

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button