NasionalNegeriPendidikan

POLIMAS johan Pertandingan Polycc Deep Racer 2023

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) muncul johan Pertandingan Polycc Deep Racer 2023 di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.

Pasukan Oppenheimer yang diketuai oleh Muhammad Redzuan Parsikun dan Chairis A/L Pum mendapat tempat pertama dan menjadi johan manakala pasukan BotNewbies  yang diketuai Muhammad Amirul Roslan dan Muhammad Khalis Iskandar Mohd Najib mendapat tempat ketiga.

Pasukan BotNewbies yang mendapat tempat ketiga menerima trofi kemenangan yang disampaikan oleh Mohlis di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.

Muhammad Redzuan mengakui tidak menyangka akan mendapat tempat pertama dan bersyukur kerana POLIMAS menjadi johan.

Tambahnya, “Kami merupakan pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan buat pertama kalinya diberi peluang meneroka bidang “machine learning” yang merupakan subset kepada bidang “artificial intelligence” yang sememangnya agak mencabar,”.

“Banyak perkara perlu dipelajari, walaupun mencabar kami berasa seronok menerokai bidang ini dan kemenangan yang kami peroleh ini merupakan detik yang paling manis,” ujarnya.

Chairis A/L Pum berkata, beliau bersyukur atas kemenangan ini dan amat berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah bertungkus lumus membantu dari segi khidmat nasihat sehingga sehingga menjadi johan.

Pensyarah pembimbing dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi POLIMAS, Ir. Ts. Siti Nur Thazliah Mohd Thazali, berkata, kemenangan ini paling bererti kerana kali pertama POLIMAS menjadi juara.

“Juga mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Polycc Deep Racer 2023 bersempena dengan Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Cidos Inspiring Learning Award Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (eDOLA XI) 2023,” katanya.

Beliau berkata, kemenangan ini bukanlah sekadar penghargaan, tetapi juga hasil daripada tekad dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pelajar semasa latihan dan pertandingan.

Pertandingan Polycc Deep Racer 2023 di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada Kemahiran Pembelajaran Mesin & Kepintaran Buatan (Learning & Artificial Intelligence) melalui “gamified learning” dengan membangunkan kereta lumba automasi (autonomous racing car) dalam cloud-based 3D racing simulator secara online dan pertandingan secara bersemuka.

Selain itu, program ini juga menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran generik mereka seperti kerja berpasukan,komunikasi dalam kumpulan serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Terdapat 180 pasukan yang terdiri dari 528 pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti telah menyertai peringkat saringan pertandingan Polycc Deep Racer 2023 dari 8 hingga 22 Ogos lalu.

Pasukan Oppenheimer bersama pensyarah pembimbing, Siti Nur Thazliah selepas meraih kemenangan pada Pertandingan Polycc Deep Racer 2023 di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, “Kami berasa bangga dengan pencapaian pelajar yang menjadi johan dan juga tempat ketiga dan pertama kali pasukan pelajar POLIMAS menjadi johan,” katanya.

Beliau berkata, pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar menghasilkan kreativiti , inovasi dan menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran generik mereka seperti kerja berpasukan, komunikasi dalam kumpulan serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Datuk Mokhlis Jaafar menyampaikan hadiah berupa tropi, plak dan sijil kepada para pemenang.

Turut hadir dalam majlis penutup tersebut, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, Kamaludin Daud dan Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK, Mohd Noor Shahudin. – SM

BACA POLIMAS ungguli juara Debat Piala Ketua Pengarah JPPKK

BACA Bekas peserta program realiti Qari Junior 2017 pilih POLIMAS Jitra

(Visited 702 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button