MahkamahNasional

2 hakim terima surat cara pelantikan daripada Agong

YANG di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan kepada Mohamad Zabidin Mohd Diah pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara.

Selain itu, baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan sebagai hakim Mahkamah Rayuan kepada Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Turut hadir pada istiadat tersebut adalah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mohamad Zabidin sebelum ini adalah hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pada 28 Julai 2006 sebelum menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada 26 November 2018.

Mohd Nazlan pula pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman mulai 10 April 2015 sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2017. – BERNAMA – SM

(Visited 268 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button