Ekonomi

Mercu tanda baharu Segi Fresh dibina di Subang

RANGKAIAN pasar segar dan runcit, Segi Fresh hari ini mengadakan majlis pecah tanah bangunan yang bakal menempatkan ibu pejabatnya yang baharu.

Ia juga akan dilengkapi dengan pasaraya Segi Fresh yang bakal menjadi mercu tanda baharu kepada penjenamaan syarikat tersebut.

Bangunan yang akan dikenali sebagai Wisma Segi itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026 dan ia terletak di atas tanah berkeluasan kira-kira 2.24 ekar iaitu bersamaan dengan 97,613 kaki persegi.

Pengerusi Segi Fresh, Chia Ah Hoo berkata, Wisma Segi itu mengandungi empat tonggak utama iaitu Hab Inovasi, Hab Kolaborasi, Hab Kesihatan serta Hab Pembelajaran dan Pembangunan.

“Wisma Segi ini bukanlah sekadar sebuah bangunan semata-mata, tetapi ia juga adalah lengkap dengan pelbagai fasiliti yang boleh menyeimbangkan gaya hidup pekerja agar ia lebih produktif dan cergas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah berkenaan di sini hari ini.

Chia Ah Hoo (berdiri tengah) melakukan gimik pelancaran pada Majlis Pecah Tanah Wisma Segi semalam.
Berdiri dari kini: Christopher Low Wai Ing, Tan Hok Yik, Datuk Chui Ah Hock, YDM Datuk Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Syed Anwar Jamalullail, Chia Ah Keong dan Daniel Lau.

Hadir sama ialah Pengasas dan Pengarah Urusan Segi Fresh, Datuk Chui Ah Hock, Pengarah Segi Fresh, YDM Datuk Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail Syed Anwar Jamalullail dan Pengasas Bersama Segi Fresh, Chia Ah Keong.

Mengulas lanjut, Chia Ah Hoo menambah, pembinaan Wisma Segi ini merupakan satu lagi kejayaan yang dikecapi oleh Segi Fresh tahun ini selepas berjaya membuka cawangannya yang ke-100 di Ijok, Kuala Selangor di awal bulan Disember ini.

“Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi ini merupakan hasil daripada perancangan rapi serta kerja keras daripada semua anggota pekerja tidak kira apa pun jawatan yang disandang, semuanya memainkan peranan penting di dalam syarikat.

“Dan kami semua mahu kerja keras ini diteruskan bagi memastikan Segi Fresh terus berkembang sesuai dengan aspirasi untuk menjadikannya sebagai peruncit barangan segar terkemuka di negara kita,” katanya. – SM

Artikel berkaitan > “Saya tidak mahu lancar pecah tanah konon untuk nampak cepat,” – Rafizi Ramli

(Visited 344 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button