Ekonomi

Sumbangan ‘Derma Dengan Ikhlas’ dihulurkan kepada komuniti Orang Asli

KIRA-KIRA 1,700 ahli keluarga Orang Asli dari Jerantut dan Temerloh, Pahang menerima bantuan barangan keperluan asas daripada ‘Derma Dengan Ikhlas’ inisiatif derma digital awam.

Inisiatif itu dijalankan oleh IKHLAS bagi memupuk semangat menderma pada bulan Ramadan ini.

Setiap keluarga menerima satu bakul makanan yang mengandungi beras, gula, tepung, minyak masak, mi segera, kopi dan teh, pelbagai biskut dan makanan dalam tin.

Ketua IKHLAS , Ikhlas Kamarudin, berkata, mereka merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerana titah baginda telah memberi kami inspirasi dan dorongan untuk memperluaskan rangkaian program amal bulan Ramadan dengan membantu masyarakat Orang Asli.

Kami juga ingin merakam penghargaan kepada semua orang yang telah bergabung tenaga menyediakan barangan keperluan asas kepada keluarga yang kurang bernasib baik, pasukan barisan hadapan dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini.

“Terutamanya kepada Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah yang telah memainkan peranan penting terhadap kempen ini.

“Kami akan meneruskan usaha untuk mengedar lebih banyak barangan keperluan asas di seluruh negara, dan sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua terhadap inisiatif ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu disokong oleh pelbagai badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Tempatan Daerah dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk menghantar barangan keperluan asas kepada komuniti Orang Asli, dengan ihsan pengangkutan udara oleh Charter Group Aero Sdn Bhd.

Sehingga kini, kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ telah menerima dana sebanyak RM759,000 melalui inisiatif derma digital awam ini.

Sejak hari pertama Ramadan, pasukan IKHLAS telah mengedarkan barangan keperluan asas dan juadah berbuka puasa kepada lebih 3,700 buah keluarga dan 19,050 orang individu di pelbagai lokasi termasuk Lembah Klang, Melaka, Kota Kinabalu, Labuan, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Kuala Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Marang, Besut, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Kangsar dan lain-lain. Kempen tersebut akan dipanjangkan ke kawasan-kawasan lain seluruh Malaysia di sepanjang bulan Ramadan ini.

Kempen ‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang awam yang berminat untuk menderma boleh melayari Givewith.Ikhlas.com.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari Givewith.ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

(Visited 633 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button