Nasional

17 Mahasiswa FBK sertai program mobiliti antarabangsa latihan mengajar antara UPSI

SERAMAI 17 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan UPSI akan menjalani Program Latihan Mengajar di Ekkapap School, Krabi, Thailand.

Timbalan Naib Canselori (Akademik & Antarabangsa) Profesor Dr. Marzita Puteh yang menghadiri majlis meraikan pelajar berkenaan berkata progam seumpama ini merupakan julung kalinya bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan menjalani Latihan Mengajar di Krabi Thailand.

Beliau berharap agar pelajar mengambil peluang sebaik-baiknya untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan ketika berada di luar negara.
“Saya juga menganggap setiap pelajar ini sebagai duta kecil yang membawa nama baik pihak UPSI dan Malaysia, “ katanya.

Profesor Dr. Marzita Puteh (dua dari kiri) menerima sumbangan wang belanja daripada Tn.Hj. Mohamad Ibrahim untuk diberikan kepada pelajar.

Beliau berkata dengan program yang dijalankan seperti ini menunjukkan keunggulan dan kebitaraan mahasiswa UPSI di periangkat antarabangsa.

“ Penganjuran program ini juga merupakan platform terbaik untuk pelajar menimba ilmu dengan persekitaran yang berbeza,” katanya.
Program ini, katanya, akan menguji kemapanan mahasiswa UPSI di persada antarabangsa selain membantu universiti mempromosi program-program pengajian yang terdapat di UPSI.

Menurut beliau jaringan industri dengan pihak Pondok Krabi dapat diluaskan lagi pada masa hadapan dengan pelbagai program yang boleh dirancang secara bersama.

Sementara itu, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Muhammad berkata pelajar berkenaan akan menjalani program itu selama lapan minggu dan untuk itu fakulti mengadakan majlis ringkas meraikan pelajar di fakulti.

Katanya, ini adalah kali pertama program seumpamanya diadakan di Krabi, Thailand dan mendapat kerjasama daripada syarikat Kibas Enterprise.

Dr Marzita bersama dengan pelajar yang akan menyertai program Program Latihan Mengajar di Ekkapap School, Krabi, Thailand.

Kumpulan pelajar ini, katanya, diketuai oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof.Madya.Dr.Saipolbarin Ramli dan program bermula 13 Ogos ini.

Pada majlis yang sama, Tn.Hj. Mohamad Ibrahim Hj Zainuddin yang merupakan Pengarah Eksekutif KIBAS Enterprise sudi menyumbangkan wang belanja kepada para pelajar yang akan mengikuti program berkenaan. -SM

Baca : PM adakan pertemuan dengan 24 syarikat pengendali P-Hailing

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button