Nasional

12.1 peratus rakyat Malaysia telah divaksin

SEJUMLAH 12.1 peratus atau 3,957,687 orang rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 1,553,033 penduduk telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan sebagai pelindungan daripada jangkitan virus Covid-19.

Menurut JKJAV, sehingga kini 5,510,720 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia dengan 180,066 dos diberikan semalam yang melibatkan 147,616 dos pertama dan 32,450 dos kedua.

Kuala Lumpur masih mengatasi wilayah lain di Malaysia dengan 672,759 penduduknya telah menerima dos pertama dan 141,045 telah lengkap mengambil kedua-dua dos vaksin.

Diikuti negeri Selangor dengan 607,142 populasinya telah disuntik dos pertama dan 202,143 selesai mengambil kedua-dua dos.

Sarawak di tempat ketiga dengan 531,482 warganya menerima dos pertama dan 174,545 menerima kedua-dua dos, diikuti Johor yang merekodkan 361,166 populasinya telah disuntik dos pertama dan 151,140 lengkap disuntik kedua-dua dos.-SM

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button