Nasional

Lokap sesak, sempit, 64 banduan dijangkiti Covid-19 di Sabah

KES Covid-19 menonjak ke 62 kes hari ini dengan 50 kes positif dari Kluster Benteng di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang mula dikesan pada 1 September lalu dan sehingga kini telah menjangkiti 66 orang.

“Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya,” kata Dr. Noor Hisham.

Tegas beliau, berdasarkan analisa risiko yang dijalankan faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit.

Siasatan juga mendapati tiada penjarakan fizikal tidak diamalkan dalam penjara tersebut.

“Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan Covid-19 di kalangan banduan. Justeru, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan sepanjang masa tanpa mengira tempat,” kata Dr. Noor Hisham.

Kluster Benteng bermula bermula dari dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos.

Kedua-dua mereka kemudiannya disaring dan didapati positif Covid-19 pada 31 Ogos 2020.

Mereka dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan.

Dalam tempoh tujuh hari seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7 peratus.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan 631 orang banduan, 98 orang kakitangan penjara, 157 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis dan 440 orang pegawai agensi kerajaan yang lain.

Kluster tersebut melibatkan dua daerah di Sabah iaitu Tawau dan Lahad Datu.

Daripada jumlah kes positif Covid-19 kluster ini 30 kes atau 45.5 peratus merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes atau 54.5 peratus bukan warganegara.-SM

 

 

 

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button