Nasional

15.1 peratus rakyat Malaysia lengkap terima dua dos vaksin

SEJUMLAH 15.1 peratus atau 4.932 juta rakyat Malaysia telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sebanyak 32.4 peratus atau 10.584 juta penduduk Malaysia kini telah menerima dos pertama.

Sehingga semalam keseluruhan 15.515 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi di negara ini.

Labuan, Sarawak dan Lembah Kelang kini merekodkan lebih 50 peratus populasi di wilayah masing-masing telah menerima dos pertama.

Labuan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 60.5 peratus (60,245) bagi dos pertama dan 56.8 peratus (46,585) dos kedua.

Diikuti Sarawak dengan 57.1 peratus (1.607 juta) penduduknya telah disuntik dengan dos pertama dan 35.8 peratus (1.009 juta) telah menerima dos kedua.

Lembah Kelang yang meliputi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatatkan 50.8 peratus (4.279 juta) telah menerima dos pertama dan 16.6 peratus (1.400 juta) menerima dos kedua.

Sementara itu sejumlah 446,052 dos diberikan semalam meliputi 282,980 dos pertama dan 163,072 dos kedua.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi memberikan vaksin kepada penduduk iaitu 89,183 dos pertama dan 37,997 dos kedua.

Diikuti Kuala Lumpur 87,866 dos pertama dan 31,339 dos kedua dan Sarawak 15,912 dos pertama dan 42,436 dos kedua.-SM

 

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button