Nasionalpilihan

SUK Melaka meninggal dunia

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK), Datuk Zaidi Johari, 54, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Melaka awal pagi Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 pagi selepas mengalami serangan jantung di kediaman rasminya.

Beliau terus dikejarkan ke Hospital Melaka sewaktu dalam perjalanan bantuan pernafasan diberikan pasukan paramedik namun Allahyarham disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Melaka.

Allahyarham yang berasal dari Tebong, Melaka itu telah mendirikan rumah tangga Datin Siti Rohayabinti Kamalludin serta dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Melaka dan akan dibawa ke Masjid Al-Azim untuk solat jenazah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebong selepas solat Jumaat nanti.

Beliau dilantik sebagai SUK ke-29 pada 5 Januari 2022 dan memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1996.

Selepas itu beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di pelbagai Bahagian dan Unit di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan antara 1998 hingga 2016.

Zaidi mula berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada 2017 sebagai Pengarah Tanah dan Galian di Pejabat Tanah dan Galian Melaka dan seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka pada 2020.

Selepas itu Allahyarham dilantik sebagai SUK baharu pada 2022. -SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button