Nasional

Lebih 4.4 juta suntikan vaksin

JUMLAH pemberian dos vaksin Covid-19 kini mencecah 4,490,270. Daripada jumlah itu 3,132,304 merupakan penerima dos pertama dan 1,357,966 orang telah melengkapkan kedua-dua dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 128,912 orang disuntik dengan vaksin Covid-19 semalam dengan 102,208 menerima dos pertama dan baki 26,704 menerima dos kedua.

Kuala Lumpur masih menduduki senarai penerima dos vaksin tertinggi iaitu 552,275 bagi dos pertama dan 122,810 orang telah menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.

Selangor pula berada pada kedudukan kedua negeri tertinggi menerima dos vaksin iaitu 462,612 bagi dos pertama dan 174,302 pula telah melengkapkan dos suntikan.


Di tempat ketiga teratas adalah Sarawak yang mencatatkan jumlah penerima dos pertama seramai 324,913 dan 149,227 lagi telah disuntik dengan kedua-dua dos.

Johor berada dikedudukan keempat iaitu 294,240 bagi dos pertama dan 130,202 orang lagi telah menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.

-SM

 

(Visited 55 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button