Nasional

Tiada larangan bawa anak-anak keluar

KERAJAAN tidak melarang ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka keluar ke mana sahaja semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ibu bapa bebas untuk membawa anak mereka ke mana sahaja cuma ada peringatan yang diberikan.

“Kita mengingatkan bahawa kanak-kanak adalah golongan yang berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, jika ada yang nak membawa anak-anak keluar, sentiasalah mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu tekanan mental dalam kalangan kanak-kanak selepas mereka terpaksa ‘berkurung’ selama tiga bulan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Antara petanda tekanan mental yang dikatakan mula meruncing dan kelihatan dalam kalangan kanak-kanak ialah kemurungan, kurang selera makan dan cenderung bersendirian. – SM

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button