Jenayah

52 kompuan dikeluarkan terhadap premis ingkar PKPP

Walaupun kerajaan sudah mengumumkan pertambahan waktu operasi premis perniagaan yang berakhir dari 10 malam ke 12 tengah malam, masih terdapat lagi yang ingkar.

Kebanyakan premis yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) itu beroperasi sehingga pukul 1 hingga 2 pagi.

Malah, sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan sejak pelaksanaan PKPP terhadap premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.

“Begitu juga dengan premis hiburan yang masih lagi tegar melaksanakan operasi menghiburkan pelanggan seperti di pusat karaoke dan lain-lain pusat hiburan.

“Pusat-pusat hiburan yang beroperasi turut dikompaun kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam perkembangan berasingan, Mazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam perancangan untuk menambah pegawai dan anggota polis dengan melakukan pengambilan baharu tahun ini.

“Kami masih lagi dalam perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya, dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin, ramai rekrut baharu yang kita perlukan,” katanya. -SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button