BeritaNasional

Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis luang masa lawat rumah amal

RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat meluangkan masa singgah di ‘Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Perlis’ bagi mengucapkan ‘Selamat Menyambut Tahun Baru Cina’ kepada 15 orang penghuni rumah amal berkenaan yang berketurunan Tionghua tengahari tadi.

Pasangan tetamu Diraja berkenaan meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar dan beramah mesra dengan golongan warga emas yang menghuni rumah itu.

Berangkat sama mengiringi baginda berdua ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Raja Perempuan berkenan menganugerahkan wang sumbangan peribadi dan juga hamper kepada para penghuni di situ.

Terdahulu, baginda berdua berangkat merasmikan Galeri 3-D Gua Kelam Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang terletak kira-kira 400 meter dari runah jagaan orang-orang tua berkenaan.

(Visited 602 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button