Nasional

Masjid perlu jadi pusat sokongan kecemerlangan pendidikan

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar masjid di seluruh negeri ini dijadikan sebagai pusat sokongan kecemerlangan pendidikan.

Menurut baginda, sebagai pusat komuniti yang dekat dengan masyarakat, masjid boleh berperanan dalam menjayakan hasrat ‘community based learning’ di kalangan pelajar sekolah.

Manurut kajian, hanya 60% pelajar di Perlis yang mempunyai kemudahan jaringan internet manakala sekurang-kurangnya sebanyak 40% lagi tidak berupaya meneruskan pembelajaran secara sempurna melalui dalam talian. Dengan mengupayakan masjid, ianya akan dapat mengurangkan jurang antara pelajar yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan jaringan internet yang meluas digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dari rumah.

“Saya yakin, jika usaha ini dilaksanakan, akses kepada pendidikan dapat dipertingkatkan dan ianya akan dapat mengoptimumkan peluang mengikuti pendidikan meskipun tidak dapat hadir ke sekolah. Perkara ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” jelas baginda.

Demikian titah Tuanku Raja Muda Perlis selepas berkenan berangkat meninjau kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan Masjid Al-Munir Batu 5, Jalan Kuala Perlis yang baharu.

Keberangkatan tiba baginda diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Hamizan Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sempena keberangkatan baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, Pegawai Penguasa projek iaitu Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Syed Zubir Syed Husin mempersembahkan taklimat bahawa masjid baru dengan keluasan 1,293 m2 serta keluasan ruang solat 378 m² bagi memuatkan 1,000 orang jemaah yang laporan kemajuan kerja fizikalnya kini pada tahap 60% dijangka siap pada 22 Februari 2021 selepas diberikan perlanjutan EOT No.3.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button